banner

banner

Thursday, February 20, 2014

Kain Kecil Ajaib


Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah,

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..

ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni..
Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..
Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?
jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…
kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…

Wednesday, February 19, 2014

SYAITAN MENGGANGGU KITA DI DALAM SOLAT


1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir.
Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasullullah S.A.W, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasullullah  S.A.W dan mengadu, “Wahai Rasullullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasullullah  S.A.W menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib."

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah S.W.T menghindarkan gangguan itu dariku”
(Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
 Abu Hurairah berkata, “Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!" Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.”
(Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

 Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasullullah S.A.W ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasullullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

 Rasullullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

 “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasullullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasullullah  S.A.W,” kata Ibnu Umar
(Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
 Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasullullah hukum melihat ketika solat”. Rasullullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.”
(Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk
 Rasullullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

 Dalam riwayat lain Rasullullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air
 Rasullullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”
(Hadis Riwayat Muslim).

 Firman Allah S.W.T Bermaksud: “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Bagi yang Merasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah S.W.T.

Merebut Kelebihan Bulan Muharram


Allah SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.”
(Surah at-Taubah, ayat 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan Allah, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan dalam bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat pada bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas RA berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana Allah telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada Allah dan kami pun turut serta berpuasa.

Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas RA berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-Allah kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

JANGAN LEPASKAN PELUANG SETAHUN SEKALI INI, MARILAH KITA BERPUASA PADA HARI-HARI BERIKUT :

Ibnu Qayyim Rahimahullah menggariskan 3 peringkat atau tingkatan puasa pada hari Asyura berdasarkan dalil2nya yakni:

1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram.

2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram ATAU 10 dan 11 Muharram.

3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Manusia akan dihisab di hari akhirat


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, ia menyusun kejadianmu. (al-Infitar: 1-8)

Mukadimah

Surah al-Infitar termasuk dalam kategori Surah Makkiah, ia berjumlah 19 ayat dan diturunkan selepas surah al-Nazi'at. Persamaan surah ini dengan surah al-Takwir.
Firman Allah SWT: Apabila langit terbelah. Al-Maraghi berkata: Ketika langit terbelah dan susunan planet-planetnya berubah, maka tidak ada lagi bintang yang beredar pada orbitnya sebagaimana yang kita lihat sekarang.

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan.
Syed Qutb berkata: Andainya bintang-bintang itu gugur dan terlepas daripada ikatan peraturan yang selama ini mengikat dan memelihara perjalanannya, sebagaimana yang akan berlaku pada hari kiamat yang menamatkan ajalnya, maka ia akan hancur lebur di angkasa raya sebagaimana hancurnya atom yang terlepas daripada ikatannya.

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Ibn Abbas r.a berkata: Allah SWT menghamburkan air di lautan ke atas sebahagian yang lainnya.
Firman Allah SWT: Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. Ibn Abbas r.a berkata: Iaitu dikeluarkan dan al-Suddi berkata: Perkuburan itu bertaburan dan bergerak sehingga keluarlah orang yang ada di dalamnya.

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
Al-Maraghi berkata: Ayat ini mendorong agar melakukan ketaatan dan meninggalkan perbuatan dosa.
Firman Allah SWT: Wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

Syed Qutub berkata: Inilah kecaman secara langsung dari Allah SWT. Dia memanggil manusia, lalu berdiri di depan-Nya sebagai seorang yang cuai, berdosa, terpedaya, tidak menghargai kebesaran Allah SWT dan tidak beradab sopan terhadap-Nya.

Kemudian Allah SWT mengingatkan nikmat-Nya yang agung, kemudian mengingatkan kecuaian manusia, kebiadapannya dan kekeliruan dan keterpedayaannya.

Firman Allah SWT: Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya.
Al-Maraghi berkata: Allah SWT menyebut zat-Nya dengan karim (pemurah), bukan qahhar (pemaksa), sebab sifat pemurah itu tidak layak menjadikan manusia membiarkan dirinya digoda oleh syaitan.

Sebagai contoh pernyataan: Kerjalah semahumu kerana Tuhanmu Maha Pemurah. Dia telah bermurah hati kepadamu di dunia dan akan berbuat begitu di akhirat.
Namun, maksud yang tepat untuk pengertian ini adalah untuk menyatakan kesungguhan dalam menerima cahaya keimanan dan ketaatan para hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, ia menyusun kejadianmu.
Ikrimah berkata: Jika berkehendak, Dia akan menciptakan dalam bentuk kera, dan jika mahu Dia akan menciptakan dalam bentuk babi.

Penutup

Dalam penutup ini suka dinyatakan sedikit pendapat Syed Qutub berkenaan dengan manusia, antara lain katanya: Katakanlah segala apa yang ditanggap itu sampai ke otak melalui alat-alat saraf yang seni itu, tetapi di manakah hendak disimpankan semua hasil tanggapan itu?
Andainya otak itu sebagai tali pita rakaman nescaya manusia memerlukan selama umur hidupnya, purata 60 tahun kepada ribuan juta meter pita tersebut untuk merakam sekian banyak gambaran, kata-kata, makna perasaan dan kesan-kesannya untuk diingatkan kembali setelah melalui masa puluhan tahun.

Kemudian bagaimana otak itu menyusun di antara kata-kata, makna, peristiwa dan gambaran yang tunggal untuk menjadikannya satu budaya yang terkumpul.
Seterusnya meningkatkannya daripada maklumat kepada ilmu seterusnya tanggapan kepada kefahaman dan pengalaman kepada pengetahuan.

Inilah salah satu ciri manusia yang membezakannya daripada makhluk yang lain. Yang lebih daripada ciri ini adalah roh yang dikurniakan Allah SWT, iaitu roh manusia khusus untuknya yang menghubungkan dengan keindahan alam oleh Pencipta-Nya.

Itulah roh yang memberikan kepada manusia detik yang gemilang menghubungkan dengan zat yang mutlak tidak terbatas setelah berhubung dengan pancaran keindahan alam ini.
Begitulah roh yang tidak diketahui oleh manusia. Itulah roh yang memberi nikmat kesukaan dan kebahagiaan yang tinggi walaupun ia berada di bumi dan menghubungkannya dengan alam al-Malaul a'la dan menyediakannya untuk hidup di dalam syurga yang kekal abadi

KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH DI MASJID



بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Sembahyang fardhu lima waktu adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Orang yang meninggalkan sembahyang maka telah robohlah  satu daripada rukun Islam daripada dirinya. Sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya hendaklah dikerjakan dengan berjamaah. Bagi mereka yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah mendapat kelebihan yang amat besar.
Di antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah ialah:

Pertama.
Sesiapa yang dapat bersama imam pada takbir pertama selama 40 hari dia terlepas daripada api neraka dan dari menjadi orang munafik
 Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِى جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ. قَالَ أَبُو عِيسـَى وَقَدْ رُوِىَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَنَسٍ مَوْقُوفًا وَلاَ أَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ إِلاَّ مَا رَوَى سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ عَنْ طُعْمَةَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِى ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ. (سنن الترمذى، الصلاة)

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjamaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.
 
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu terselamat daripada neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Dengan itu marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan ini.

Kedua. 
Banyak  langkah menuju ke masjid untuk berjamaah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ. قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ «إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ الرِّبَاط». (صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, "Ya, wahai Rasulullah", sabda Baginda: "Banyak langkah ke masjid dan  menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan". 

Hadis ini menunjukkan kepada kelebihan banyak langkah ke masjid dan kelebihan menunggu satu sembahyang setelah menunaikan satu sembahyang, dan sekali gus menunjukkan kelebihan sembahyang berjamaah. Dalam nas yang lain Baginda menegah sahabat yang hendak berpindah ketempat yang berhampiran dengan masjid dengan meninggalkan tempat kediaman yang lama.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ لَهُمْ «إِنَّهُ بَلَغَنِى أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ». قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ. فَقَالَ «يَا بَنِى سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ». (صحيح البخارى، المساجد)

Bermaksud: Daripada Jabir bin Abd Allah katanya: Kawasan di sekeliling masjid telah lapang, oleh itu Banu Salamah hendak berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan masjid, maka perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka sabdanya: Bahawasanya sampai kepadaku berita bahawa kamu hendak berpindah ke kawasan yang hampir masjid. Mereka menjawab, "Ya, wahai Rasulullah, kami hendak demikian". Jawab Baginda:"Wahai Bani Salamah! Rumah kamu, (jangan pindah) kesan-kesan tapak kaki kamu (ke masjid) ditulis, rumah kamu (jangan pindah), kesan-kesan tapak kaki kamu ke masjid ditulis".
Hadis ini menunjukkan kelebihan pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah, di mana setiap langkah adalah mendapat pahala dari Allah s.w.t.

Ketiga. 
Orang yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan sembahyang berjamaah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji.

 Sabda rasulullah s.a.w.

 مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِى عِلِّيِّينَ. (سنن أبى داود، الصلاة)

Bermaksud: Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar hanya semata-mata untuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan umrah. Satu sembahyang selepas satu sembahyang, tiada melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis pada kalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi.

Keempat. 
Orang yang sembahyang berjamaah Allah ampunkan dosanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.
مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع
الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ. )صحيح مسلم، الطهارة
)
Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa besar memerlukan kepada taubat atau keampunan dari Allah.

Kelima.
Orang yang sentiasa sembahyang berjamaah di masjid mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. pada Hari Kiamat.

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. (صحيح لبخاري، الأذان)

Bermaksud: Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah,  seorang  yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: "Aku takutkan Allah", seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya. 
 
Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan sembahyang berjemaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk menunaikan jemaah fardhu yang berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan dari Allah di akhirat nanti di mana di waktu itu tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan dari-Nya sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentisa mengerjakan sembahyang fardhu dengan  berjemaah di masjid.
 

KEISTIMEWAAN & AMALAN HARI JUMAAT


Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan penuh barakah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Dalam Islam, hari Jumaat merupakan penghulu segala hari.

Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda:


 Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".
( Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana sesiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.
Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :

"Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan
dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
( Hadis Riwayat Tarmizi )
Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. :

Memperbanyakkan Doa, Zikir Dan Selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia :

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".
( Surah Al-Ahzab, ayat 56 )

Memperbanyakkan Bacaan Al Quran
Pada hari Jumaat ini digalakkan memperbanyakkan membaca al-quran, antara surah yang digalakkan membaca surah al-Kahfi, walaupun demikian kita juga boleh membaca apa-apa sahaja surah yang kita ingin kit abaca pada hari Jumaat seperti surah yaasin, surah al-Rahman, surah Sajdah dan lain-lain surah.

Bangun Awal Di Pagi Hari Dan Niat Untuk Mandi Jumaat

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Sesiapa di antara kamu yang pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
( Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Membersihkan Badan Daripada Bau Yang Tidak Menyenangkan

Mengerat Kuku, Mencabut Bulu Ketiak, Memotong Dan Mengemaskan Misai, Memotong Bulu Ari-Ari Dan Sebagainya.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :
"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".
( Hadis Riwayat Tabrani )

Bersiwak 

Memakai Bau-Bau Yang Wangi

Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".
 ( Hadis Riwayat Al-Bukhari )

Memakai Pakaian Serba Putih

Menyegerakan Pergi Ke Masjid

Firman Allah s.w.t. :
 "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
( Surah Al-Jumu'ah, ayat 9 )

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".
( Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Duduk Diam Di Dalam Masjid Dengan Niat Iktikaf Dan Mendengar Khutbah Setelah Datang Awal Ke Masjid.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
( Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim ) 

Apabila Masuk Masjid Hendaklah Sembahyang Tahiyatul Masjid 


Mengambil Iktibar Daripada Khutbah Yang Dibacakan Oleh Khatib

Menunaikan Solat-Solat Sunat Jumaat Pada Sebelum Dan Sesudah Solat Jumaat

Memperbanyakkan Amalan Sedekah

Firman Allah s.w.t. :

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".
( Al-Munafiqun, ayat 10 & 11 )

6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali


Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
( Surah al-Hujurat: ayat 12 )

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Berhati-hatilah dalam setiap perkataan dan telinga yang mendengar, kerana sekiranya salah pertuturan dan pendengaran membawa musibah yang besar di hari akhirat. Jauhi diri dari mengumpat dan mendengar umpatan. 

Bulan Muharram Termasuk Bulan Haram


Dalam Islam, bulan Muharram , merupakan salah satu di antara empat bulan yang dinamakan bulan haram yang termaktub dalam Al-Quran. Berdasarkan kepada firman Allah Ta’ala yang berbunyi.
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (suci). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah  At Taubah: 36)
Ibnu Rejab menyatakan bahawa, ”Allah Ta’ala menjelaskan bahwa sejak penciptaan langit dan bumi, penciptaan malam dan siang, keduanya akan berputar di orbitnya. Allah pun menciptakan matahari, bulan dan bintang lalu menjadikan matahari dan bulan berputar pada orbitnya. Dari situ muncullah cahaya matahari dan juga cahaya bulan. Sejak itu, Allah menjadikan satu tahun menjadi dua belas bulan sesuai dengan munculnya hilal. Satu tahun dalam syariat Islam dihitung berdasarkan  putaran dan munculnya bulan, bukan dihitung berdasarkan putaran matahari sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Kitab.” (1)
Apakah yang dinyatakan empat bulan suci itu? Dari Abu Bakroh, Nabi s.a.w bersabda,
الزَّمَانُ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا ، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ ، وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِى بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Zaman itu beredar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (suci). Tiga bulannya berturut-turut yaitu Zulqa’dah, Zulhijjah dan Muharram. (Satu bulan lagi adalah) Rajab Mudhor yang terletak antara Jumadil (akhir) dan Sya’ban.”(2)
Jadi empat bulan suci yang dimaksud adalah (1) Dzulqa’dah; (2) Dzulhijjah; (3) Muharram  dan (4) Rajab.  Oleh karena itu bulan Muharram termasuk bulan haram.

Rujukan ,
(1)   Latho-if Al Ma’arif, Ibnu Rejab Al Hambali, hal. 217, Tahqiq: Yasin Muhammad As  Sawas, Dar Ibnu Katsir, cetakan kelima, 1420 H.


(2)   HR. Bukhari no. 3197 dan Muslim no. 1679

AMALAN SUNNAH KETIKA HUJAN

AMALAN SUNNAH KETIKA HUJAN

Sebagaimana telah kita ketahui bersama bahwa agama Islam telah sempurna. Sehingga tidak sedikitpun agama ini memerlukan pengurangan atau penambahan. Pengajaran agama telah sempurna dan sunnah-sunnah baginda telah lengkap, dan di antara pelajaran agama yang telah di ajarkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam jelaskan kepada umat Islam adalah sunnah baginda ketika turun hujan. 

Ada beberapa sunnah yang Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam contohkan tatkala itu, berikut di antaranya:

Pertama: Berdoa Ketika Hujan Turun

Berdoa ketika hujan turun adalah sunnah mulia Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha berikut:

Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dahulu apabila melihat hujan baginda berdoa: 

“Allahuma shoyyaban naa fi’aa (Ya Allah, jadikanlah (hujan ini)  hujan yang bermanfaat)” [HR.Bukhari]

Ibnu Hajar al Asqolani rahimahullah menjelaskan, bahawa doa tersebut dianjurkan (untuk dibaca) setelah hujan turun demi mendapatkan kebaikan dan keberkatan yang lebih. 
[Fath al-Bari, Jilid 2, hal.659]

Sedangkan Imam an-Nawawi menerangkan bahawa hal itu dilakukan ketika mulai turun hujan.

Kedua: Membiarkan Sebagian Anggota Badan Disirami/dibasahi Air Hujan

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: 

“Kami pernah kehujanan ketika bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Lalu baginda mengangkat bajunya hingga baginda dibasahi dengan air hujan. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa engkau lakukan hal demikian? Baginda menjawab: “Kerana hujan itu baru mengenali Rabb-nya ta’ala. 

[HR.Ahmad, jilid 3, hal.133 dan 267, al Bukhari dalam kitab al Adab al Mufrad, no.571, Muslim, no.898, Abu Dawud, no.5100, an Nasa’I di as Sunan al Kubra, no.1849]

Imam an Nawawi rahimahulla berkata ketika menjelaskan hadits ini: 

“Hadits tersebut mengandung dalil bagi pendapat para sahabat kami, bahawasanya dianjurkan ketika hujan turun untuk mengangkat( pakaian ) anggota badan –yang bukan aurat- agar terkena air hujan, dan mereka berdalil dengan hadits di atas.”

 [Syarh Shahih Muslim, Jilid 3, Hal.464, Syarh Shahih al Adab al Mufrad, karya Syaikh Husain al ‘Awaisyah, Jilid 2, hal.214]



Syaikh Bin Baz rahimahullah pernah berkata: 

“Yang demikian menunjukkan akan dianjurkan bagi seseorang untuk membuka sebagian pakaiannya, seperti kedua lengannya atau kepalanya agar terguyur air hujan, sebagaimana yang pernah di lakukan oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Maka itu disyariatkan bagi seorang muslim untuk melepas sorbannya –contohnya- dari kepalam atau ujung bajunya dari lengan atas atau lengan bawah agar terkena air hujan, atau juga (menyingkap) betisnya, dan anggota tubuh lain yang boleh untuk dibuka dihadapan manusia seperti kaki, betis, kepala, tangan, dan lain-lain.” 

[Majmu’ Fatawa Ibn Baz, jilid 13, hal.64]