banner

banner

Tuesday, April 29, 2014

Sunnah yang dianjurkan pada hari Jumaat




Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari dan hari yang mulia.  Digalakkan umat Islam mengisinya dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. 

beberapa sunnah yang digalakkan untuk dilakukan:

1.    Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) pada pagi hari Jumaat, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam.

2.    Disunnahkan bagi seseorang untuk memperbanyak berselawat ke atas Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam, sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu 'anhu, dari Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam:
"Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan". Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku." [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri].

3.    Solat Jumaat itu diwajibkan atas setiap laki-laki yang merdeka, mukallaf, muslim dan menetap. Solat jumaat tidak wajib atas musafir yang atasnya qasar di dalam solatnya, dan seorang hamba serta wanita, namun barangsiapa diantara mereka ini menghadiri solat Jumaat maka mereka tetap mendapatkan pahala. Kewajiban solat jumaat menjadi batal dengan sebab adanya udzur (yang syar'i) seperti sakit atau dalam keadaan khouf (perang). [Asy-Syarhul Mumti' V/7-34].

4.    Mandi pada hari jumaat termasuk tuntutan Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sebagaimana dalam sabda beliau sallAllahu 'alaihi wasallam:
"Apabila salah seorang dari kalian hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi." [Muttafaq 'alaihi].

5.    Berwangi-wangian, bersiwak dan berpakaian dengan pakaian yang terbaik termasuk adab seorang muslim di hari Jumaat. Dari Abu Ayyub beliau berkata :  Aku mendengar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi yang ia miliki dan memakai pakaiannya yang terbaik, kemudian ia keluar dan berjalan dengan tenang (perlahan-lahan) sampai tiba di Masjid, lalu ia ruku' (solat) yang tampak baginya dan ia tidak mengganggu seorangpun, lalu ia diam ketika imam keluar sampai menunaikan solat, maka baginya kaffarah (penghapus dosa) antara jumaat dengan jumaat yang lainnya." [HR Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah].
Dan Dari Abu Sa'id al-Khudri radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Haruslah mandi pada hari Jumaat bagi setiap orang yang mimpi, lalu bersiwak dan berwangian dengan minyak wangi semampu yang ia miliki." [HR Muslim].

6.    Disunnahkan bergegas untuk menunaikan solat Jumaat yang mana sunnah ini seakan-akan telah mati saat ini, semoga Allah merahmati mereka yang masih menghidupkan sunnah ini. 

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu dari Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam beliau bersabda :
"Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor lembu, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor kambing, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berpusu-pusu beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan khutbah." [Muttafaq 'alayhi].

7.    Disunnahkan bagi seorang muslim untuk menyibukkan diri dengan solat, zikir dan membaca al-Quran sampai imam keluar. Hadits Salman dan Abu Ayyub sebelumnya sebagai dalil atas hal ini.

8.    Wajib diam ketika khutbah dan memberi perhatian dengan apa yang dihuraikan di dalam khutbah. 

Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Apabila engkau berkata kepada temanmu : "diamlah" pada hari Jum'at sedangkan imam sedang berkhutbah, maka telah engkau sia-siakan (Jum'atmu)" [Muttafaq 'alayhi].
Ahmad menambahkan di dalam riwayatnya :
"Barangsiapa yang (melakukan hal yang) sia-sia maka ia tidak akan mendapatkan pada Jum'atnya sesuatu apapun." Di dalam riwayat Abu Dawud : "Barangsiapa yang (melakukan perbuatan) sia-sia atau membuat-buat garis, maka ia telah mengesampingkan (pahala)." [dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah] 

9.    Disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaimana hadits Abu Sa'id al-Khudri Radhiyallahu 'anhu beliau berkata : Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat." [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani].
 
10.    Tidak diperbolehkan melakukan safar pada hari Jumaat bagi orang yang diwajibkan solat Jumaat sebelum menunaikannya setelah masuk waktunya. [Zaadul Ma'ad I/382].

11.    Dibenci (dimakruhkan) berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian dan solat pada malamnya, sebagaimana hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu dari Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda : "Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat dan jangan pula mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa daripada hari-hari lainnya, kecuali puasa yang biasa kalian laksanakan." [HR Muslim].
 
12.    Wajib bagi yang berkeinginan untuk berpuasa pada hari Jumaat untuk menyertainya dengan puasa sehari sebelum atau setelahnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu 'anhu dari Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam, bahwasanya beliau bersabda : "Janganlah salah seorang dari kalian berpuasa pada hari Jumaat kecuali disertai dengan puasa sehari sebelumnya atau setelahnya." [Muttafaq 'alaihi dan lafazh ini lafazhnya Bukhari].

13.    Adapun sunnah pada hari Jumaat, maka telah datang hadits (yang menerangkan) bahwasanya Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam melakukan solat dua rakaat setelah Jumaat (Muttafaq 'alayhi), dan datang pula sebuah hadits bahwasanya Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam memerintahkan bagi orang yang hendak solat setelah jumaat untuk solat sebanyak empat raka'at. (HR Muslim). Ishaq berkata : "Apabila beliau solat di dalam masjid pada hari Jumaat maka beliau solat empat raka'at, dan apabila solat di rumah maka beliau solat dua raka'at." Abu Bakr al-Atsram berkata : "Kesemua hal ini boleh dilakukan." [al-Hadaa`iq karya Ibnul Jauzi II/183].

14.    Apabila seorang muslim masuk ke dalam Masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, hendaklah ia solat dua rakaat yang ringan sebelum duduk, sebagaimana hadits Jabir bin 'Abdillah Radhiyallahu 'anhu beliau berkata : "Sulaik al-Ghothfani datang (ke Masjid) pada hari Jum'at dan Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam tengah berkhutbah saat itu lalu ia langsung duduk. 

Maka Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Apabila salah seorang dari kalian masuk (ke Masjid) dan Imam tengah berkhutbah, maka solatlah dua raka'at lalu duduklah." [HR Muslim].

15.    Disunnahkan bagi imam untuk membaca pada solat jumaat dua surah : yaitu al-Jum'ah dan al-Munafiqun, atau al-A'laa dan al-Ghoosyiah, karena Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam membacanya. [HR Muslim]. 

Taubat perlu disertai keikhlasan



Syeikh al-Maraghi berkata: Selepas Allah memperihalkan golongan musyrikin dan hukum bagi orang yang murtad, dia menceritakan berkenaan balasan orang yang beriman, yang berhijrah dan berjihad berdasarkan firmannya.

Allah berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 218)

Firman Allah s.w.t: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah.

Al-Mawardi berkata: Sebab turun ayat ini ialah turun sekumpulan orang Islam berkata berkenaan Abdullah bin Jahsy dan yang bersamanya, jika sekiranya mereka tidak mendapat dalam musafir mereka dosa nescaya tiada padanya pahala.

Sayid Qutub berkata: Harapan seseorang Mukmin terhadap rahmat Allah tidak sekali-kali dikecewakan Allah. Kumpulan Mukmin yang ikhlas kepada Allah dan sanggup berhijrah meninggalkan Mekah telah mendengar janji yang benar ini. Lalu mereka berjihad untuk sabilillah sehingga Allah memenuhi janji-Nya terhadap mereka dengan memberi kemenangan atau penghormatan mati syahid dan kedua-dua merupakan kebaikan dan rahmat belaka. Mereka berjaya mendapat keampunan Allah dan rahmat-Nya.
Al-Maraghi berkata: Mereka mengharapkan rahmat Allah dan ihsan-Nya justeru layak mereka dikurniakan kerana pengorbanan mereka semata-mata mencari keredaan Allah. Lihatlah sejarah bagaimana Nabi s.a.w berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah semata-mata menyelamatkan dari fitnah oleh kaum musyrikin Quraisy sehinggalah Islam dapat bertapak. Seterusnya pertahankan diri dan akhirnya dapat membuka kota Mekah pada tahun 8 Hijrah.

Ternyata Allah menghina orang musyrikin dan menjadikan kalimah mereka begitu rendah sedangkan kalimah Allah berada di puncak. Di sini suka dinyatakan betapa pentingnya hijrah dalam kehidupan umat Islam sehingga Imam Nawawi menyebut hadis yang pertama di dalam kitabnya Matan Arba’in berkenaan dengan hijrah:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.

Guru kami Dr. Mustafa al-Bugha di dalam al-Wafi berkata, hijrah daripada negeri kafir ke negeri Islam adalah wajib ke atas orang Islam yang tidak mungkin daripada menzahirkan agamanya. Ini merupakan hukum yang kekal dikaitkannya.
Adapun hadis Nabi yang bermaksud tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah kerana Mekah menjadi sebahagian daripada negeri Islam.

Jika ditanya bagaimana Allah menyebut mereka yang mengharapkan rahmat Allah sedangkan rahmat Allah bagi orang yang beriman adalah perkara yang hak? Al-Mawardi berkata: Jawapannya dua:

Pertama: Tatkala mereka tidak mengetahui keadaan pada masa hadapan maka haruslah mereka memohon rahmat kerana takut apa yang berlaku tidak membawa kepada mendapat rahmat.

Kedua: Kerana mereka mengharapkan rahmat disebabkan tidak yakin segala penunaian yang Allah wajibkan ke atas mereka. Adakah diterima atau tidak?

Firman Allah: Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Iaitu Allah Maha Luas Keampunan bagi orang yang bertaubat dan beristighfar di mana keluasan rahmat-Nya kepada orang yang beriman ditahqiqkan bagi mereka yang mengharapkan keampunan-Nya.

Qatadah berkata, mereka merupakan umat yang terbaik di mana Allah menjadikan mereka sebagai ahli yang mengharap dan siapa yang mengharap pasti menuntut dan siapa yang takut pasti lari.

Dr. Yusuf al-Qardawi berkata, unsur keempat yang membentuk hakikat taubat ialah mengikhlaskan taubat kepada Allah. Di sana terdapat satu rukun yang amat dituntut di dalam taubat. Sekalipun ia tidak disebutkan oleh kebanyakan orang. Namun, saya berpendapat ia adalah suatu yang sudah dimaklumi.

Rukun tersebut ialah membebaskan diri, menyesal serta berazam untuk tidak mengulangi dosa yang lalu, semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t lantaran tamakkan pahala-Nya dan takutkan hukuman-Nya.

Barang siapa yang meninggalkan tabiat minum arak kerana doktor melarangnya dan kerana ia boleh memudaratkan kesihatannya, maka peninggalannya dengan sebab itu tidak dikira sebagai taubat.
Barang siapa yang meninggalkan perbuatan zina kerana dia mengidapi Aids atau takut dijangkitinya atau lain-lain penyakit kelamin, yang dibimbanginya lalu dia meninggalkan tabiat berzina, ia tidak dikira sebagai taubat.

Barang siapa yang meninggalkan aktiviti pengedaran dadah kerana takut diberkas oleh polis serta takutkan hukuman mati maka itu tidak dikira sebagai bertaubat dan dia tidak tergolong di dalam golongan yang bertaubat.
Barang siapa yang kalah dalam perjudian, lalu dia meninggalkannya kerana muflis dan hilang kekayaannya, maka itu tidak dikira bertaubat.

Barang siapa yang menderhakai bapanya, lalu bapanya menghalangnya dari harta dan warisan, lantas dia menyesali penderhakaannya, maka penyesalan itu tidak dikira sebagai taubat. Ini kerana dia menyesal atas dasar keduniaan bukan kerana ia adalah penderhakaan kepada Allah s.w.t.

Kita telah pun melihat al-Quran al-Karim mengisahkan kepada kita tentang dua anak Adam, yang mana salah seorangnya jahat antara keduanya telah membunuh saudaranya yang baik. Dia telah membawa mayatnya sekian lama, kerana tidak tahu bagaimana hendak menanamnya lantaran ia adalah mayat yang pertama di dalam sejarah kemanusiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana sewajarnya dia menanamkan mayat saudaranya. Qabil berkata: Alangkah celakanya aku. Mengapakah aku tidak mampu melakukan demikian seperti burung gagak ini. Atau aku dapat menanam mayat saudaraku ini? Kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal. (al-Maidah: 31)

Penyesalan Qabil saudara yang jahat ini bukanlah kerana maksiatnya kepada Allah serta tindakannya membunuh saudaranya. Sebaliknya penyesalan tersebut adalah kerana dia membawa mayat saudaranya dalam jangkamasa yang sebegitu serta kelemahannya mengetahui cara menanamnya. Oleh kerana itu dia tidak mendapat perlepasan kerana penyesalan ini.
Tetapi jika pelbagai musibah dan kerugian di dunia ini boleh menjadi pendorong keimanan di dalam hati manusia serta menjadikannya memeriksa dirinya dan mengingati hari akhirat, lantas ketika itu dia bertaubat, maka dia termasuk di kalangan orang-orang yang diterima taubat mereka, insya-Allah.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

REJAB



Tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Rejab sebagai persediaan kita dalam menyambut bulan Ramadhan. Seiring dengan kehadiran bulan Rejab, pelbagai hadith-hadith tentang kelebihan dan ganjaran beramal dalam bulan Rejab telah diedarkan dalam alam maya. Oleh itu, marilah sama-sama kita melihat kembali status hadith dan bagaimana cara beramal dengan apa yang telah diteladani oleh Baginda Rasul s.a.w.

Amalan khusus Pada Bulan Rejab

Tidak ada pengkhususan dalam ibadah di bulan Rejab kerana tidak ada hadith yang sahih berkaitan dengan galakkan  dan anjuran dalam melakukan ibadah pada bulan Rejab dengan ganjaran  tertentu. Akan tetapi digalakkan melakukan ibadah sunat dengan sebanyaknya seperti pada bulan-bulan yang lain. Ada pun dengan kelebihan tertentu dan fadhilat tertentu, maka para ulama menyangkal dakwaan tersebut dan hadith-hadith berkaitan dengan fadhilat-fadhilat tertentu adalah DHA’IF dan PALSU.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah berkata :
Tidak ada satu hadith pun berkaitan kelebihan-kelebihan bulan Rejab baik pada melakukan ibadah puasa nya pada waktu-waktu tertentu, dan mendirikan qiamullail yang dikhususkan pada bulan Rejab. ( Kitab Tibyan Al-Ujab Fima Warada Fi Fadli Rejab; Ms 6 )

Antara hadith-hadith Dha’if dan Palsu yang digunakan dalam Kelebihan Rejab

1-      Rejab Bulan Allah
رجب شهر الله ، وشعبان شهري ، ورمضان شهر أمتي
“Rejab bulan Allah, Sya’ban Bulan ku, Dan Ramadhan bulan ummat ku”

Keterangan Hadith : Ibnu Jauzi meletakkan hadith ini di dalam Kitab hadith-hadith palsu, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan hadith ini adalah hadith palsu seperti di dalam “Tibyan Al-‘ujab fi ma warada fi Rajab” , Al-Albani menyatakan hadith ini adalah bertaraf Dhaif .

2-      Rejab mempunyai kelebihan seperti al-Quran melebihi berzikir

فضل شهر رجب على الشهور كفضل القرآن على سائر الكلام
Kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya” .
 
Keterangan Hadith : Ibnu Hajar al-Asqalani : Hadith Palsu, Imam Al-Saghani : Hadith tentang kelebihan Rejab adalah palsu. Imam Ibnu Aljauzi meletakkan hadith ini dalam Kitab hadith Palsu.
 
3-      Sungai di dalam Syurga bernama Rejab

إن في الجنة نهرا يقال له رجب ماؤه أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
“Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu”.
 
Keterangan Hadith : Hadith bertaraf Palsu, Imam Az-zahabi menyatakan bahawa Mansor bin Yazid tidak dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil. Al-Albani menyatakan bahawa hadith ini adalah Hadith Bathil .
 
Dan pelbagai lagi hadith-hadith yang palsu dan dha’if dalam menentukan fadhilat-fadhilat bulan Rejab yang sebenarnya tidak bersandarkan kepada hadith yang sahih. Kita akan membincangkannya pada siri yang ketiga . Oleh itu, marilah kita bersama-sama beramal dengan amalan yang telah jelas datangnya daripada Rasulullah s.a.w. dalam merangkul seberapa banyak pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

:: REJAB DAN PEMURNIAN AMALAN PADA NYA ::

 TA’RIF REJAB

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

PERITISWA-PERISTIWA DI BULAN REJAB

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj adalah peristiwa  Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Galakan Berinfak




Syeikh al-Maraghi berkata, selepas Allah menyebut sifat manusia yang sukakan perhiasan dunia yang memperdayakan mereka, sedangkan ahli haq mereka yang menanggung pelbagai kesengsaraan terhadap harta dan jiwa mereka serta mencari keredaan Allah.

Amat munasabah Allah menyebut golongan yang digalakkan berinfak fi sabilillah.


Firman Allah: 


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? 

Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

 (al-Baqarah: 215)

Firman Allah s.w.t:


 Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?

Al-Mawardi mengemukakan sebab nuzul dengan dua pendapat:


a) Ia diturunkan sebelum turun ayat zakat berkenaan kewajipan infak kepada keluarga dan sedekah kemudian dinasakhkan oleh ayat zakat. Inilah pendapat al-Suddi.


b) Bahawa sahabat Rasulullah bertanyanya tentang harta mereka yang mereka gunakan. Inilah pendapat Ibn Zaid.


Ibn Jauzi menambah dengan lisan Amru bin al-Jumuh al-Ansari yang mempunyai banyak harta dan bertanya: Hai Rasulullah, dengan apa kami sedekah dan siapa yang kami infakkan?


Al-Qurtubi berkata: 


Dikatakan yang bertanya adalah kaum yang beriman. Ini bermaksud mereka bertanyamu dari segi wajah yang mereka nafkahkan kepadanya dan di mana mereka letakkan apa yang lazim untuk diinfakkannya.
Sayid Qutub berkata: Banyak ayat-ayat al-Quran yang memperkatakan tentang infak telah diturunkan sebelum dikemukakan pertanyaan ini. Khidmat infak dalam suasana-suasana pertumbuhan Islam itu merupakan satu khidmat yang perlu untuk membangun masyarakat Islam bagi menghadapi cabaran kesulitan-kesulitan dan peperangan yang sedang dihadapi olehnya.


Ia juga merupakan satu khidmat yang perlu dari kerjasama dan takaful antara ahli-ahli kelompok Muslimin dan dari segi untuk menghapuskan perbezaan perasaan agar setiap ahli kelompok merasa dirinya sebagai anggota dalam badan kelompok itu, di mana dia tidak dihalang dan tidak ditahan dari sesuatu apa.


Tegasnya khidmat infak itu mempunyai nilainya yang amat besar dalam menegakkan kelompok Muslimin dari segi perasaan, kerana khidmat memenuhi keperluan kelompok itu mempunyai nilai dalam menegakkan kelompok dari segi amali.


Firman Allah: 


Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.

Dua sasaran

Sayid Qutub berkata: Ungkapan ini memberi dua sasaran. Pertama ia menyarankan bahawa sesuatu yang dibelanjakan itu adalah baik, iaitu baik kepada si pemberi, baik kepada si penerima, baik kepada masyarakat dan ia sendiri merupakan suatu kebaikan kerana ia adalah suatu amalan yang baik, jasa yang baik, dan khidmat yang baik.


Kedua ia menyarankan agar pihak yang memberi infak itu memilih sesuatu yang terbaik yang ada padanya untuk diinfakkannya agar orang lain dapat agar orang lain dapat menikmatinya bersama-sama dengannya.


Khidmat itu membersihkan hati dan menyucikan jiwa, di samping memberi faedah dan pertolongan kepada orang lain. Kesanggupan memilih harta milik yang baik dan melepaskan kepada orang itulah yang dapat mewujudkan kebersihan kepada hati dan jiwa. Kesanggupan mengutamakan kepentingan orang lain mempunyai maknanya yang amat mulia.


Tetapi saranan ini bukannya mengertikan suatu tuntutan yang diwajibkan. Sebabnya tuntutan yang ditetapkan syarak – sebagaimana yang disebut di dalam ayat yang lain – ialah seseorang itu harus menginfakkan suatu harta yang sederhana sifatnya bukannya suatu harta yang paling murah atau paling mahal yang ada padanya.


Namun demikian saranan di sini cuba membiasakan seseorang supaya mengorbankan hartanya yang paling baik dan cuba menggalakkannya berbuat demikian mengikut cara al-Quran yang mendidik jiwa manusia dan melengkapkan hati mereka.


Al-Qurtubi berkata: Zahir ayat ini menunjukkan khabar yang mengandungi janji balasan baik kepada mereka yang melakukan segala kebaikan. Di sini disebut pemberian kepada kaum kerabat, orang miskin dan juga orang musafir yang keputusan bekalan untuk dibantu supaya meringankan kesukaran mereka.


Perbuatan seperti ini menggambarkan betapa Islam memandang berat berhubung dengan kebajikan masyarakatnya. Ini jelas terbukti melalui hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Siapa yang tidak prihatin terhadap saudaranya yang Islam maka dia bukan dari kalangan mereka.
Firman Allah: Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).


Balasan

Apa pun kebajikan yang kamu buat kepada mereka yang disebutkan dalam ayat ini, ataupun kepada golongan yang tidak disebutkan dalam ayat ini, tetapi disebutkan dalam ayat yang lain seperti, orang fakir yang meminta-minta dan hamba yang menuntut kemerdekaan, juga kepada golongan yang lain, semata-mata kerana Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, sesungguhnya Allah amat mengetahui dan kelak akan memberikan balasannya.


Muqatil berkata: Ayat ini berhubung dengan nafkah yang sunat sebagaimana yang diterangkan Allah berdasarkan jawapannya. Begitu juga apa yang disebut di dalam hadis riwayat Ahmad daripada Abi Ramsah, Rasulullah s.a.w: Orang yang patut kamu infak ialah ibumu, bapamu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu kemudian yang hampir denganmu.


Maimun bin Mihram membaca ayat ini kemudian berkata: Inilah tempat-tempat nafkah tidak disebut padanya gendang, seruling, kayu-kayu yang diukir dan juga perhiasan pada dinding-dinding.


Ibn Kathir berkata: Allah s.w.t menutup ayat ini dengan menyatakan apa yang kamu lakukan dari sebarang kebaikan maka Allah pasti mengetahuinya dan membalas kamu dengan sebaik-baik balasan. Sesungguhnya Dia sekali-kali tidak menzalimi seseorang sekalipun seberat zarah.


Iktibar Ayat:

* Syeikh al-Maraghi berkata: Daripada yang maklum bahawa membelanjakan harta seperti mengorbankan jiwa kerana kedua-dua daripada ayat iman.


* Ibn Kathir berkata: Ayat ini berkenaan dengan nafkah yang sunat.


* Berihsan kepada keluarga dan miskin serta golongan yatim amat-amat digalakkan.

Kelebihan Membaca Al-Quran




عَنِ النَّبَيِّ قَالَ : خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)

Terdapat juga hadith yang yang bermaksud :

"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran dari hadith :
1.     Sesungguhnya mempelajari al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain adalah sangat digalakkan dan dituntut oleh Islam kerana ia menjadi pendorong kepada perkembangan budaya al-quran kepada generasi akan datang.

2.     Kepada yang tidak mahir dalam membaca la-quran dan ingin belajar walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak ketika membacanya, ia akan mendapat dua ganjaran pahala; pertama kerana membaca al-quran dan kedua beersusah payah dalam mempelajari al-quran.

3.     Sebagai insan, kita tidak sepatutnya merasa hasad kepada manusia lain melainkan hasad kepada seseorang yang banyak membaca al-quran, hasad disini bermaksud, kita irihati kerana orang lain banyak membaca al-quran dan kita sedikit sangat membaca al-quran, oleh itu kita berusaha untuk memperbanyakkan membaca al-quran dari masa ke semasa.

4.     Marilah kita berusaha untuk sentiasa membaca al-quran dari hari ke hari untuk menjadikan diri dan keluarga kita insan qurani yang sentiasa rindu untuk membaca al-quran dan seterusnya berusaha mempelajari dan memahami isi kandungnya.
 

KELEBIHAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN


"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat, dan satu malaikat berdoa : Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau menyedekahkan) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa : Ya Allah, binasalah harta orang yang bakhil." (Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.1442)
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W dalam satu khutbahnya bersabda yang bermaksud:

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang di bawah itu peminta." (Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.1429)
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya :

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ke-3, Beirut, 1408H, no:3289) 

Pengajaran dari hadith :
  1. Sebagai seorang muslim, kita di galakkan membantu kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada muslim yang lain.
  2. Jadikanlah diri kita sebagai orang yang sering memberi manfaat kepada orang lain dengan kelebihan yang kita ada, sekiranya ada harta maka infakkan lah harta, sekiranya ada ilmu sebarkan, sekiranya ada kuasa maka gunakan untuk kebaikan kepada masyarakat.
  3. Yakinlah kita kepada Allah bahawa sekiranya kita memberi kepada orang lain..pasti Allah akan menggantikan dengan lebih baik lagi kepada kita dan menggandakan kebaikan yang kita keluarkan.

Mencintai Dalam Diam


dalam diam ada..
sesungguhnya ada….
ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..

aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..
terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..

kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…
sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…
aku menanti untuk yg halal hadir menjemput diri
seperti yang ditakdir …

kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani..
dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…

Sunday, April 27, 2014

Yang Biasa itu Aku

 
Jika Ustazah yang kau impi,
maka itu bukan aku,
jika selebriti popular yang kau dambakan,
itu juga bukan aku,
Jika bak ustazah Pilihan yang kau mahukan,
jauh sekali bukan aku,
jika puteri raja yang kau impi,
pastinya juga bukan aku,
jika orang kaya pilihan mu,
itu bukan aku,
Jika hafizah yang kau dambakan,
aku bukan orangnya,
Jika yang cantik dan sempurna yang kau mahukan,
itu juga bukanlah aku
kerna aku hanya wanita biasa
maafkanlah aku
kerna tidak dapat menjadi seperti yang kau pinta,
kerna aku adalah aku

***** 
Kau lelaki soleh,
beragama dan akhlak mulia,
disanjungi dan disukai ramai,
dari keluarga yang dihormati.
Sedangkan aku,
cuma wanita biasa,
dari keluarga biasa,
wanita jalanan serba kurang.
Takda apa-apa istimewa.
Maka,
layakah diri ini untuk ditempatkan dalam hati dan hidupmu?
(Haslinda Alias)
 
*****
Allah sentiasa menerima kita apa adanya..
Walau kita sering leka dan melupai DIA yang lebih berhak kita utamakan..
Allah..Allah..Allah..
Apakah kita sudah cukup mencintai Allah dan Rasulullah?
jawabku..aku belum cukup mencintai Allah dan Rasulullah,
disebabkan itu..
 
Aku mengharapkan kehadiran seseorang yang dapat 
mendekatkan aku kepadaNya..
membawa dan membimbing aku ke jalan yang DIA redhai..
 
Aku percayakan ketentuan Allah...in shaa Allah..
sebagai manusia, 
kita merasa yakin kepada Allah..
kerana apa?
 
kerana Allah lebih Mengetahui apa yang tidak kita ketahui...
Allahumma..
 

Indah dan Sopan



TERKEJUT. 

Itulah rasa hati pada minggu-minggu pertama melihat budaya wanita di bandar raya Rasulullah SAW. Di sana sini wanitanya berkelubung hitam dengan hanya menampakkan sepasang mata. Benar, kami hadir dari daerah berbeza. Ia pemandangan terlalu asing. Malah, ia ternyata luar biasa.
Kelubung hitam menjadi pelindung diri. Menutup identiti. Kami mengintai-intai untuk melihat raut wajah mereka. Kami melihat kaum lelaki tidak berani melemparkan usikan. Ia nampak jelas.

Sungguh, kami teruja mahu mengetahui siapakah gerangan di dalamnya. Ia ibarat kisah misteri. Hati tertanya, duhai wanita berkelubung hitam... apakah tidak rimas menyaluti dirimu sebegitu rupa?
Kami kehairanan kerana tidak melihat wanita berkelubung hitam ini berada di pasar basah membeli sayur, daging atau ayam. Kami tidak melihat mereka kesibukan menghantar atau menjemput anak-anak sekolah. Jarang melihat mereka bersimpang-siur di sisir jalan.

Ke mana mereka? Allah ya Allah... beginikah kehidupan wanita jati Madinah?
Akhirnya, Allah SWT memberi jawapan terus ke hati apabila diterima bekerja di kolej wanita di universiti tempatan. Saya bertanya dan memerhati. Rupa-rupanya hampir keseluruhan urusan luar dilakukan oleh kaum lelaki. Misalnya, pemandu lelaki dibenarkan menghantar dan mengambil kaum wanita setakat di pintu pagar besar.

Namun, saya terperanjat lagi. Di dalam kampus wanita ini nyata amat berbeza. Di balik tembok tinggi ini segala urusan dalaman dilakukan oleh kaum wanita.
Subhanallah...sungguh, saya tidak percaya dengan apa yang dilihat mata. Kesemua siswi, staf pentadbiran dan pensyarah menyalin kelubung hitam yang melindungi tubuh badan mereka.
Mereka yang terdiri daripada pegawai keselamatan, pembantu makmal sehinggalah juruteknik memakai uniform. Lalu, terserlah kecantikan diri mereka. Terpamer identiti diri. Subhanallah...saya terpegun dengan keindahan kaum sejenis.

Dunia nyata berbeza. Mata terpandang wajah manis siswi muda remaja di sebalik niqap yang ditanggalkan. Saya melihat wanita bekerjaya ranggi anggun bergaya. Terpandang wajah dedikasi dalam uniform. Ia terbuka dan terdedah di sini. Ia terkatup kemas di luar sana. Lalu ada sesuatu menyentap jiwa, 'mereka kelihatan terkawal dengan perisai kesopanan bersama pelindung diri'.
-Indah

Benar, saya hadir dari daerah berbeza. Hati masih degil dan bertanya lagi, duhai wanita berkelubung hitam... apakah tidak rimas menyaluti dirimu sebegitu rupa?
Namun, ia tidak perlu menunggu lama mencari jawapan. Ketika membaca terjemahan al-Quran saya dinyatakan betapa pakaian wanita Islam adalah pelindung diri. Dirimu wanita umpama perhiasan cantik tersimpan di dalam bungkusan. Terjaga rapi. Tidak terdedah dengan pencemaran.

Begitulah. Hampir setahun kami lali dengan suasana berbeza ini. Ia jadi biasa. Lalu bila pulang bercuti ke tanah air terasa benar berbeza. Kami terasa asing di dunia yang dulunya tidak begitu.
Sungguh, saya tidak percaya dengan apa yang dilihat mata. Dulu ia sesuatu yang biasa tetapi kini menjadi pelik dan penuh tanda tanya. Kami sukar meneka status agama apabila bertembung dengan wanita yang bersimpang-siur di sisir jalan.

Mereka bebas berjalan dengan jelas menampakkan pakaian dalam. Malah ada yang berani berskirt denim singkat dengan betis dan paha terdedah.
Rambut panjang dibiarkan mengerbang ditiup angin terminal KLIA. Ada yang bercampur aduk berwarna hitam di pangkal kepala, di hujungnya pula merah keperangan. Lalu hati bertanya, 'duhai wanita yang mendedahkan diri... apakah yang ada dalam fikiran dan perasaanmu sehingga sanggup berkeadaan begitu?'

Diam-diam saya membuat analogi sendiri. Bukankah dirimu umpama perhiasan indah diciptakan Allah? Andaikan kamu dilamar pembeli berpotensi, bagaimanakah mahu dipamerkan?
Apakah ia mahu dipersembah dengan kertas cantik berbungkus atau dibiarkan terdedah? Andai kata kamu menerima hadiah, bukankah lebih berharga jika ia cantik berbungkus serta bereben di dalam kotak?
-Sopan

Jika kita mahu membeli makanan, yang mana satukah yang menjadi pilihan antara makanan terhidang terdedah dihinggapi lalat serta habuk berterbangan atau yang bertutup berbungkus rapi?
Mala, dari kejauhan saya terasa sukar untuk membezakan status diri apabila ada menyarung pakaian seumpama kaum lelaki. Tambahan pula apabila rambut sudah didandan pendek. Sependek-pendeknya. Ketawa berdekah dan bersuara lantang. Selantang-lantangnya.

Duhai wanita yang mendedahkan diri...apakah yang ada dalam fikiran dan perasaanmu sehingga sanggup berkeadaan begitu?

Jagalah kesopananmu dengan cara pemakaianmu. Perlukah wanita menjadi lelaki apabila mahu bersaing dengan lelaki? Apakah yang mahu diperjuangkan di muka bumi ini?
Jagalah kesopananmu dengan cara penampilanmu. Pakailah pakaian yang melindungi dirimu. Biar ia menjadi benteng agamamu. Tahukah kamu duhai wanita...nilai dirimu terletak kepada sifat malu yang menjadi fitrah wanita diciptakan.

Tahukah kamu duhai wanita...nilai dirimu terletak pada kesopanan pembawaan diri, akhlak yang mulia dengan tutur kata berbudi bahasa.
Kita tidak perlu menjadi wanita Arab. Memadailah kita menjadi wanita Islam yang mengikut perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Thursday, April 24, 2014

A very understanding Husband

 Listen,Teach, and Learn

Story line, flashback:

Kitorg sudah 9 tahun kawen & ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri .

 ' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg dapat tunaikan . '

 Tersentak aku . Knape pulak tibe2 . Aku xblas ap2 sms dri isteri . Jam pulak dah pkul 5 waktu aku bersiap utk ambil isteri balik kje . Sampai ke office die pn dalam roughly pkul 5.30 ptg . Die masuk dalam kereta dan diam .

Aku pn mula la bukak suara , ' kita ke tasik titiwangsa nak ? ' .

Die jwb ringkas , 'ok ' .

Xjauh pn dalam 10 minit dah smpai sebab tempat keje die kat area jalan Ampang . Jalan pn xjem sgat time tu . Kitorg duduk dkat satu pondok .

 Aku mule bertanye .

Aku : Why so sudden ? Skrg da rase abg xcukup kacak ke ? ( aku cube bergurau )
 
Ina : Sebenarnye ina da agak letih . Kesihatan abg xpernah baik . Setiap pkul 3 pgi , ina mesti bgun buatkan abg air jus epal utk ubat sakit batu krg abg , tapi xpernah baik . Mlm smlm ina bgun pkul 3 lagi , buatkan air . Smpai ke office plak , pendrive ina rosak , dlam tu ade dokumen yg bos nak , ina dah kne marah . Smpai waktu lunch , ina beli mknn , bihun tu basi plak . Mcm2 hal jdi hari ni . Nak balik tdi , kaki ina terpeleot smpai jatuh kat dpan client . Malu la abg . Ina xcukup tidur , ina nak mintak cerai .

Memang betul . Dah lame tp kesihatan aku xpernah baik . Aku ditakdirkan terkena batu karang . Da mcm kaedah berubat tapi xjugak baik . Da 3 taun . Ubat tradisional . Aku pn xpernah gune alternatif perubatan laser sbb mhal . Jus epal yg aku minum tu cume bole reduce sakit ap yg aku alami ni . Kalau x malam2 aku mesti berdarah jugk la . Financial pulak problem sbb anak aku kne hinggap lelah , so duit banyak keluar utk die msuk wad . Aku bgi jawapan utk isteri .

Aku : Abg sbenarnye agak terkedu . Tapi ina da buat keputusan . Abg berkahwin dgn ina bersebab . Klau bukan utk bhagiakan ina , utk spe lagi . Tapi ina xbhagia , abg kne pulangkan balik hak ina . Ina berhak utk lebih bhagia drpd skrg . Abg mintak maaf atas ap yg ina dah lalu ni . Mgkin 3 taun mse abg tgah sakit ni byak buatkan hati ina menangis . Tapi takdir Allah ni abg xboleh tolak . Abg kne truskan jugk kehidupan . Abg tunaikan permintaan ina utk lepaskan ina . Abg redha sbb abg sygkan ina . Ini pn tggungjwb . Tapi mggu dpan abg lafazkan cerai bole ?

 Lagipn mggu dpan abg outstation , ank2 kite pulak cuti skolah . Takut diorg terkejut pulak bnd yg dtg tiba2 ni . Soal pembahagian anak tu abg xkan berebut . Kite ad 2 anak , abg akan ambil yg sulung , ina ambil yg bongsu . Utk sminggu ni , abg tidur dkat ruang tamu atas sofa . Mgkin anak2 xkan syak sbb abg akan buka tv smpai pgi mse abg tido . Terima kasih atas jagaan ina slame 9 taun ni . Da mcm2 yg kite tempuh . Ina jgn menangis lagi . Air mate ina tu sgat berharga . Bila kita dah xbersama nnt , ina jgn lupe utk tutup suis sterika pgi2 . Lepas ina gosok tudung , ina mesti lupe . Abg xmrah . 

Kereta kita ni manual , ina dah lame xbwak manual kan ? Esok abg akan hantar utk tuka gearbox auto . Ina boleh pkai kereta , abg pkai moto je pegi kje . Safety first ina , pkai seat belt mse memandu . Ina slalu lupe , tapi abg pkaikan .

Ina : Minggu dpan ? Boleh la , lagipn mse tu cuti skolah , ina akan bwak budak2 balik kg . Ok .

Dalam mse smggu tu , aku tidur dkat luar . Bernyamuk jugk & pnas sbb air cond dkat dlam bilik . Aku jenis tido mati , berpeluh pn lena je tido . Tapi ina tu xpenah lupe utk bgun pagi buatkan aku jus epal utk aku minum , seperti kebiasaan . Da bermcm dvd jugk aku tgk kat rumah tu , walhal xpenah2 tgk dvd slame ni . Cume tau beli je . Tu pn ina yg nak sbb lepak mapley je msti beli satu dvd . Aku dgn die ni xsme taste , mane la aku suke cerita jiwang2 ni . Huhu . Smpailah cukup smggu hari sabtu pagi .

Aku : ina , abg nak cakap sket ni . Dtg dkat abg kejap bole ?

Ina : ye abg , knape ?
 
Aku : abg da jnji dgn ina abg nak lepaskan ina , abg nak lafazkan cerai .
 
Ina : hah ? Xboleh abg . Jangan ! Ina sygkan abg . Ina da buat keputusan yg slah . Ina mintak maaf . Kite balik smula ye abg . Ina lupe dgn janji abg , tapi ina xbiase bile abg xde . Org yg boleh fham ina dgn baik cume abg . Ina xkan ulang bnd ni lagi dkat abg . ( Ina menangis . Nasib baik anak2 ad dkat luar rumah , kitorg dkat dapur )
 
Aku : abg dah lame ampunkan ina . Ina xslah dlam hal ni . Abg pn susah hati bile ina xde . Takdir Allah , tuhan da baikkan hati ina . Abg tipu sunat dkat ina . Sbnrnye abg xde outstation . Abg bgi alasan tu sbb abg nak ina bertenang utk ina fikir balik keputusan ap yg ina dah buat . Abg mintak maaf . Dah 9 taun , abg pn xbiase klau xtgk kecantikan ina waktu pgi tanpa mekap . Abg rase sejuk . Walaupn ina tidur dgn berbagai gaya . Sendawa ina lepas makan , betul2 buat abg tergelak . Lnsung xcover . Tapi tu la , klau ina xnak kat abg ni , abg makin tua makin tampan . Melepas la ina .
 
Ina : abg niiii . ( ina pn peluk aku ) . Ina shampoo rambut abg nnt nak ? Da slalu rase air tgan ina ni bru la abg xmenggatal .
 
Aku : Hamboii . Bodek num 1 . Haha .

Alhamdulillah aku dgn ina xjdi bercerai . Takdir Allah hubugn tu slamat dgn masa . Ad care sbnrnye mcm mane aku nak tackle problem ni . Alasan die sbb die letih bgun pgi buat jus epal utk aku . Die kene tau , level die sbgi isteri die terpaksa buat . Aku xpernah pakse , cume aku ni pn org yg susah utk bangun seawal 3 pgi . Huhu . Tapi terpaksa die ni adalah kerja utk Allah . Yelah sbb jge suami kan . Dari hati yg terpakse tu die akan ikhlas . Macam solat . Org yg nak berubah die kne bentuk diri die dgn solat . Die buat dlam keadaan memaksa . 

Tapi hati ni milik Allah . Lame2 die akan ikhlas & redha . Ikhtiar aku , cume aku berdoa mintak die dilembutkan hati . Standard org perempuan , emosi die ni turun naik . Bile emosi die naik , moral die akan down & marah . Time ni la die kurg sabar . Bile buat keputusan , mmg die akan ikut ape aje yg terlintas . Die akan capai yg mane ade dulu dalam fikiran die . Emosi die xstabil .

Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ade helah knp aku bawak die ke tasik titiwangsa dulu mse die mintak cerai . Kat situ mulanya date kitorg dulu . Waktu tu , Ina tersalah dial telefon . Angka cuma lari 1 je dari num yg die nak dial tu . Die cari Ramli mase tu . Aku bile dgar suara perempuan je , ape lagi . Gune kan lah teknik penyamaran . Lagipn suara die ni sedap didengar sbb suara manje . Lagilah aku lentok . Cume die cakap laju je . Kete die tgah problem mase tu sbb xleh nak start ( kete kancil ni da jual , aku beli kete baru ).

 Aku bgi die troubleshoot . Tapi die xpndai sbb org perempuan kan . Bab2 ni die xlaju . Kesian pn ade sbb dgar suara die dah nak nanges . Lagilah aku xjdi nak menipu , aku ckap aku bukan Ramli . Aku cakap aku dtg nnt , kalau die sudi . Die dah start risau , tapi aku gtau waktu siang ni . Aku xmungkin nak culik die . Klau die ade rase ragu2 , die boleh jarakkan diri 50 meter dri aku & start menjerit klau nampak aku ni meragukan nnt . Niat cume nak tolong . 

Aku smpai & jumper battery die balik & kete boleh start . Tapi die xjarakkan dri aku pn , die tgk dgn penuh minat & penuh dgn pertanyaan . 
Aku pn tanye la , ' dalam kete awak ni ade payung berger x ?

 die tnye ' kenape ? ' .
 Aku jawab , ' kalau ade , sy nak bukak kaunter pertanyaan kat sini ' . 
Die kate aku perli pulak . Haha . Kete die mmg kemas & superb wangi . Die bukak pintu kete & ambil air twister mase tu bgi dekat aku . 

Aku balas , ' Aih xkan ni je . Nasik2 xde ke ? Kot ade jamuan ringan nnt , jgn lupe call pulak . Sy ni kuat makan ' . Tu la 1st aku tgk die senyum & gelak . Memang mengekek . ' Aih minah ni . Ade bela ke , ' tanye aku dalam hati . hahaha .

Memang betul . Tiap kali gaduh ni , 1st thing yg aku akan recall , mcm mane aku boleh kenal ina ni & knp mesti aku mule bercinta dgn die dulu . Mase tu da berlalu . Bab ni mmg pentg . Itulah resepi knp aku dgn die bole bertahan smpai 9 taun lamenye . Tapi mate die mmg sgat cantik . Mungkin tu sbb knape aku terpikat dgn die kot . Main2 mate dgn aku , mane aku boleh than . Cair terus . Haha

Sblum kawen dgn ina ni , aku da kaji habis-habisan ape watak die . Tapi mse bercinta tu xnampak . Agak tricky jugk , xkn la xde salah lansung . Makan pn elok je sopan . Macam aku makan dgn permaisuri agong plak . Haha . Tapi mse bercinta dulu ina da terkantoi . Aku tgk tudung die ad sikit terbakar . So aku tanye kenapa . Die kate die nak cepat tdi sbb aku da nak dtg . Dri situ sbenarnye aku tau die seorg yg agak kurg sabar . Die xprepare awal sblum aku nak dtg . Org mcm ni die cpat buat keputusan bila die mrah .

Orgnya sensitif . & die seorg yg simple . Simple tu sbb die suke knekan pkaian yg ringkas . Die xpndai pilih baju . Sluar jeans die pn akak die yg belikan .Die takut pd lipas , so aku agak die seorg yg pengemas . Bwah katil die mesti clear xde brg . Klau x die xsng tido .

Penyayang , tu pn sbb die bela kucing . Waktu kucing die mati dulu , aku ade & die riba mayat kucing tu . Kucing tu dah berdarah2 , tapi die msih boleh riba .

Concern , tu pn sbb die tgk budak2 laki xsolat , lepak2 dkat mapley . Die tanye aku dah solat blom , die risau klau aku xsolat , mcm mane aku nak jge die esok2 .

Family first , mse aku kenal die , die cpat2 bgtau family die yg die tgah berkenalan dgn aku .

Caring , stiap pgi die xkan lupe utk bgi salam dkat aku & die xnak aku kerja lebih mse sbb takut kesihatan aku terabai .

Talkative , klau berckp telefon dgn die , 10 minit pn xcukup utk 1 sesi .

Tabah , die pernah sakit tapi die slalu sedapkan ati kuatkan diri utk family die , xnak family die risau keadaan die .

Terurus , die suke pd bnd yg wangi , die secara natural xade bau yg mengharukan .

Friendly , die seorg yg suke b'kwn tapi kdg2 org suke amek kesempatan pd kebaikan die ni .

Rajin memasak , die suke klau bab2 nak suro aku try makan ni . Tapi die ttap xpndai buat nsik grg . Mee grg ok . Lagipn , die ni jenis yg xmakan nasik .

Cantik , ini yg kdg2 buat aku risau ( jeles memanjang ) . Die ade kacukan korea & die gebu orgnye . Tapi da slmat jdi isteri aku pn . So aku xrisau . She's really a perfect girl to be married .

Ingat bro . Perempuan ni die perlukan perhatian . Kesilapan paling utama , bile ko buat die menangis . Time ni la , cerita yg xde bakal diada2 kan . Sbb die confuse . Org laki ni plak suke buat org perempuan confuse . Bile marah @ kecik ati je diam . Klau yg pnas baran tu , mgkin naik tgan la . Maki2 ke . Ini lansung xgentleman . 

 Alam perkahwinan ni lain . Susah mmg ade , tapi seronok pn ad . Aku kawen dgn ina waktu die msih mude , die bru abes blaja . Pembawakan die agak kebudak-budakan tapi perlahan2 die matang bile da jdi isteri . Byak part yg die akan blaja , secara automatiknye die akan pndai . Contoh , die xpndai gsk baju kemeja dlu sbb die xpernah buat . Aku ajr die gosok , smpai skrg die pndai , baju kemeja aku mmg kemas . Member2 msti tego , ko pkai baju bru ke ni ? Kembg semangkuk sat . Bini pndai jage , mmg tip top lah hasilnye aku ni . Hehehe .

~ pengalaman ni diceritakan balik oleh seorg sahabat , kpd aku . Baik sbnrnye utk panduan org lelaki . Secara overall prgi org perempuan lebih kurg sme . Cume tanggungjwb kita utk lebih memahami.