banner

banner

Tuesday, April 29, 2014

Kelebihan Membaca Al-Quran




عَنِ النَّبَيِّ قَالَ : خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)

Terdapat juga hadith yang yang bermaksud :

"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran dari hadith :
1.     Sesungguhnya mempelajari al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain adalah sangat digalakkan dan dituntut oleh Islam kerana ia menjadi pendorong kepada perkembangan budaya al-quran kepada generasi akan datang.

2.     Kepada yang tidak mahir dalam membaca la-quran dan ingin belajar walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak ketika membacanya, ia akan mendapat dua ganjaran pahala; pertama kerana membaca al-quran dan kedua beersusah payah dalam mempelajari al-quran.

3.     Sebagai insan, kita tidak sepatutnya merasa hasad kepada manusia lain melainkan hasad kepada seseorang yang banyak membaca al-quran, hasad disini bermaksud, kita irihati kerana orang lain banyak membaca al-quran dan kita sedikit sangat membaca al-quran, oleh itu kita berusaha untuk memperbanyakkan membaca al-quran dari masa ke semasa.

4.     Marilah kita berusaha untuk sentiasa membaca al-quran dari hari ke hari untuk menjadikan diri dan keluarga kita insan qurani yang sentiasa rindu untuk membaca al-quran dan seterusnya berusaha mempelajari dan memahami isi kandungnya.
 

No comments:

Post a Comment