banner

banner

Tuesday, April 29, 2014

KELEBIHAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN


"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat, dan satu malaikat berdoa : Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau menyedekahkan) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa : Ya Allah, binasalah harta orang yang bakhil." (Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.1442)
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W dalam satu khutbahnya bersabda yang bermaksud:

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, tangan di atas itu pemberi dan tangan yang di bawah itu peminta." (Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.1429)
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya :

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ke-3, Beirut, 1408H, no:3289) 

Pengajaran dari hadith :
  1. Sebagai seorang muslim, kita di galakkan membantu kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada muslim yang lain.
  2. Jadikanlah diri kita sebagai orang yang sering memberi manfaat kepada orang lain dengan kelebihan yang kita ada, sekiranya ada harta maka infakkan lah harta, sekiranya ada ilmu sebarkan, sekiranya ada kuasa maka gunakan untuk kebaikan kepada masyarakat.
  3. Yakinlah kita kepada Allah bahawa sekiranya kita memberi kepada orang lain..pasti Allah akan menggantikan dengan lebih baik lagi kepada kita dan menggandakan kebaikan yang kita keluarkan.

No comments:

Post a Comment