banner

banner

Monday, June 2, 2014

REJAB: ANTARA TRADISI DAN SYARIAT




'ATIRAH BULAN REJAB

'Atirah adalah haiwan yang disembelih pada bulan Rejab yang digunakan oleh orang-orang Arab jahiliyah untuk mendekatkan diri kepada tuhan-tuhan mereka. Ianya dilaksanakan pada sepuluh hari pertama bulan Rejab dan haiwan yang biasanya dipergunakan untuk ritual ini adalah kambing. Terdapat sesetengah umat Islam yang masih melaksanakan 'Atirah ini berpandukan beberapa hadis seperti dibawah.

Al-Harith bin Amru pernah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang 'Atirah maka jawab baginda:

Sesiapa yang mahu menyembelih 'Atirah silakan menyembelih dan siapa yang tidak mahu jangan menyembelih.(H.R. al-Nasa'i dalam sunannya, Kitab al-Fara' wa al-'Atirah)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Wahai manusia, kepada setiap ahlul bait diwajibkan untuk berkorban dan menyembelih 'Atirah setiap tahun. Tahukah kalian apa itu 'Atirah? Iaitu apa yang kalian namakan Rajaban.( H.R. al-Tirmidzi dalam sunannya, Kitab al-Adhahi)

Namun hadis-hadis tersebut hanya menunjukkan 'Atirah telah dibenarkan perlaksanaanya pada zaman awal kedatangan Islam sedangkan ia telah dimansuhkan hukumnya setelah itu sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. seperti diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a:

Tidak ada lagi Fara' dan juga 'Atirah. Fara' ialah anak unta pertama yang disembelih dan dipersembahkan kepada berhala dengan harapan induknya (ibu unta tersebut) akan lebih banyak melahirkan anak. Sedangkan 'Atirah adalah kambing yang disembelih pada sepuluh hari pertama bulan Rejab
( H.R. al-Bukhari dalam sahihnya, Kitab al-Aqeeqah)

Imam Ibnul Qayyim r.h di dalam Tahdzib Sunan Abi Dawud berkata:

Orang-orang Arab mengerjakan tradisi (al-'Atirah) itu pada masa jahiliah, lalu dikerjakan sebahagian orang Islam sehingga Rasulullah s.a.w. memerintahkannya, tetapi setelah itu baginda melarangnya seraya bersabda "Tidak ada lagi Fara' dan juga 'Atirah" sehingga umat Islam setelah itu dilarang mengerjakan 'Atirah.(Dinukil dari kitab al-Bida' al-Hauliyyah karya 'Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, ms. 241).

Namun ini bukan bermakna dilarang sama sekali untuk menyembelih haiwan pada bulan Rejab. Yang dilarang adalah menghidupkan semula al-'Atirah atau menyembelih haiwan dengan niat untuk mengagungkan bulan Rejab sebagaimana golongan Arab jahiliah.

Menutup aib saudara




لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Tidaklah seseorang menutup aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutup aibnya di hari kiamat kelak." (H.R. Muslim)

مَنْ سَتَرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ فِي الدُّنْيَا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Barangsiapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim di dunia, Allah menutupi (aib) nya pada hari kiamat." (H.R. Ahmad)

Sebaliknya, siapa yang membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya hingga aib rumah tangganya.

مَنْ سَتَرَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ سَتَرَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ كَشَفَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كَشَفَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ حَتَّى يَفْضَحَهُ بِهَا فِي بَيْتِهِ
"Barang siapa yang menutupi aib saudaranya muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa membuka aib saudaranya muslim, maka Allah akan membuka aibnya hingga terbukalah keaibanya    di dalam rumahnya." (H.R. Ibnu Majah)

Maka pada akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini, kita hendaklah sentiasa berhati-hati terutamanya di dalam menyebarkan sebarang maklumat yang belum atau tidak pasti sumbernya. Dan sekiranya kita pasti dengan sumber tersebut tetapi boleh mengakibatkan terjadinya atau terbuka aib seseorang itu maka adalah lebih baik kita mendiamkan hal tersebut dan sekiranya perlu diperbaiki, perbaikilah dalam keadaan yang lebih privasi.

Menjaga akhlak




عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ كُنْتُ أَكْتُبُ كُلَّ شَيْءٍ أَسْمَعُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ حِفْظَهُ فَنَهَتْنِي قُرَيْشٌ وَقَالُوا أَتَكْتُبُ كُلَّ شَيْءٍ تَسْمَعُهُ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَشَرٌ يَتَكَلَّمُ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَا فَأَمْسَكْتُ عَنْ الْكِتَابِ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَوْمَأَ بِأُصْبُعِهِ إِلَى فِيهِ فَقَالَ اكْتُبْ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا يَخْرُجُ مِنْهُ إِلَّا حَقٌّ

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata:  "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka? " Setelah itu aku pun berhenti dan menulis,  kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak keluar dan mulutku ini melainkan yang benar."
(H.R. Abu Daud)
 
Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
"Mahukah aku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati".
(H.R. Tirmizi)
 
Sabda Rasulullah s.a.w :
 
"Kebaikkan itu ialah akhlak yang baik"(Muttafaqun 'alaih)
 
Maka sebagai seorang muslim dan mukmin, kita hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan perilaku kita supaya kita tidak menjadi fitnah terhadap agama kita sendiri.

SIMPANAN HARTA DI SYURGA



Kita mengimpikan mahligai dan harta yang banyak di muka bumi ini demi kenikmatan yang seketika. Tetapi adakah kita sering memikirkan bagaimana kita hendak mengumpulkan harta dan simpanan kita di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita beberapa amalan yang dijamin untuk meningkatkan harta kita di akhirat kelak. Antaranya adalah dengan mengucapkan kalimat "Laa haula walaa quwwata illaa billaah". Ini adalah berdasarkan hadith yang sahih di bawah.
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ألا أعلمك كلمة هي كنز من كنوز الجنة؟قال: قل : لا حول ولا قوة إلا بالله.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Mahukah kamu aku ajarkan satu harta simpanan yang paling bernilai di Syurga? Ucapkanlah : "Laa haula walaa quwwata illaa billaah. ( Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim"
عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أكثروا من قول: لا حول ولا قوة إلا بالله، فإنها كنز من كنوز الجنة.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Perbanyakkanlah mengucap kalimat : "Laa haula walaa quwwata illaa billaah, kerana sesungguhnya ia adalah salah satu harta simpanan yang sangat-sangat berharga di Syurga." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban)

Kesimpulannya, bersama-samalah kita menggantikan perkataan " OMG" dan sebagainya dengan kalimat-kalimat yang dapat membawa kepada keuntungan kita di dunia dan akhirat kelak. Mudah-mudahan ianya meningkatkan ketaqwaan dan keimanan dalam diri kita.

Banyakkan berselawat




إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فيه خلق آدم وفيه قبض وفيه النفخة وفيه الصعقة فأكثروا علىَّ من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة على قالوا يا رسول الله كيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت فقال إن الله حرم على الأرض أن تأكل أجساد الأنبياء

Maksudnya: "Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu adalah hari Jumaat. Pada hari tersebut Adam diciptakan dan dimatikan, pada hari tersebut juga sangkala ditiup, dan pada hari itu juga terjadi kematian (seluruh manusia). Dengan sebab itu, banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut (Jumaat) kerana selawat kamu ke atasku diperlihatkan kepadaku." Kemudian seorang sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu, sedangkan engkau telah menjadi tulang-belulang?" Maka Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Allah S.W.T benar-benar telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi." (H.R. Ahmad &Abu Daud)

Dari Abi Umamah r.a. , beliau berkata Rasulullah s.a.w:

أكثروا علىَّ من الصلاة فى كل جمعة فإن صلاة أمتى تعرض علىَّ فى كل جمعة فمن كان أكثرهم علىَّ صلاةً كان أقربهم منى منزلة

Maksudnya: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (H.R. Baihaqi)

Penyakit Rohani



عن أبى هريرة قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : سيصيب أمتي داء الأمم فقالوا : يا رسول الله و ما داء الأمم ؟ 

قال : الأشر و البطر و التكاثر و التناجش في الدنيا و التباغض و التحاسد حتى يكون البغي


"Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda " Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu".Sahabat bertanya,"Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu?"Nabi saw menjawab, "Penyakit-penyakit itu adalah : (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi" (H.R Hakim)

Hadis ini seperti yang dinyatakan di atas,telah membuktikan tentang apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.Nabi s.a.w menyebutkan tentang 6 jenis penyakit rohani yang akan menimpa umat akhir zaman dimana penyakit rohani ini telah ditimpakan Allah S.W.T pada umat-umat yang terdahulu
Kita dapat lihat hari ini ramai lagi umat-umat yang berseronok sehingga melampaui batas. Kadangkala keseronokan mereka hingga lupa & lalai tentang agama.Ditambah pula lagi dengan hiburan yang sekarang ini tiada sempadan & halangan.Pengaruh-pengaruh dari barat juga banyak memainkan peranan dalam masyarakat yang sedia ada sekarang.Adakah mereka lupa dengan seruan Allah yang berbunyi :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (Surah al-Zariyat : 56)

Penyakit rohani yang dinyatakan oleh Nabi saw dalam hadis diatas memang telah nyata pada zaman ini.Dunia Islam kini dilanda krisis rohani yang amat meruncing.Mereka juga menurutkan hawa nafsu.Bila jiwa kosong,maka hawa nafsu akan bermaharajalela & mengambil alih peranan akal untuk bertindak secara waras.Oleh sebab itu maka hilanglah nilai-nilai akhlak murni yang wujud dalam diri seorang muslim itu & digantikan dengan sifat kecurangan,khianat,hasad dengki & sebagainya

Kita bertanya Allah Menjawab


Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

RENUNGKANLAH
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah "
(Surah Al-Hadid ayat 22)
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz)"
(Surah Yunus ayat 61)

Akhlak muslim 2




Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, iaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, bila ia menjemputmu penuhilah jemputan tersebut,  bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah dia, bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamkallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), bila dia sakit ziarahilah dia, dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana hal itu lebih patut agar engkau sekalian tidak menganggap rendah nikmat Allah S.W.T yang telah diberikan kepadamu." (Muttafaqun'alaihi)

Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain, hingga engkau bergaul dengan manusia, karena yang demikian itu membuatnya susah." (Muttafaqun'alaih )

Dari Imran r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah seseorang mengusir orang lain dari tempat duduknya, kemudian dia duduk di tempat tersebut, namun berilah kelonggaran dan keluasan." (Muttafaqun'laihi)

Akhlak Muslim


Akhlak yang mulia mencerminkan kesempurnaan iman:

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya(H.R. Tirmizi)

 Akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal:

Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik
(H.R. Abu Daud)

Orang yang memiliki akhlak yang mulia menjadi orang yang dicintai oleh Allah:

Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan (H.R. Muslim)

Dalam riwayat yang lain, para sahabat  pernah bertanya:

 "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?Rasulullah s.a.w menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya(H.R. Tabrani)

Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang yang dicintai oleh Rasulullah s.a.w dan menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat:

Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kaliandan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong(H.R. Tirmizi)

 Akhlak yang mulia menghiasi seseorang:

Sesungguhnya tidaklah sikap lemah lembut terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinyadan tidaklah ia (sikap lemah lembut) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya (H.R. Muslim)

JUMAAT PENGHULU HARI




1)  Hari Jumaat Adalah Kemuliaan Buat Umat Nabi Muhammad s.a.w

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Kita adalah umat yang akhir yang wujud di dunia ini dan umat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk syurga)pada Hari Kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu diberikan al-Kitab daripada kita. Kemudianya, hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberikan pilihan)kepada mereka (untuk mendekatkandiri kepada Allah), tetapi mereka berselisih padanya(tidak mahu menerimanya), lalu Allah memberi petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut iaitu hari Jumaat). Hari bagi Yahudi adalah esok(Sabtu) dan bagi Nasrani pada hari esok(Ahad)(Muttafaqun'alaih)

2)  Jumaat Adalah Sebaik-baik Hari

Dari Abu Hurairah r.a. berkata:  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

"Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat.  Pada hari itu Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu pula Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga."(H.R. Muslim)

3)  Jumaat Dan Jumaat Berikutnya Adalah Penebus Dosa Jika    Menepati Syaratnya

Dari Abu Hurairah r.a. berkata:  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
Barangsiapa yang berwudhuk dengan sempurna kemudian mendatangi solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan memperhatikan (dengar dengan teliti) khutbah, maka diampunilah dosa yang dilakukan antara hari itu sampai hari Jumaat berikutnya dan ditambah dengan 3 hari.  Dan barangsiapa yang bermain kerikil, maka sia-sialah Jumaatnya."(H.R. Muslim)

REJAB: ANTARA TRADISI DAN SYARIAT


من صام يو ما من رجب عد ل صيا م شهر

Bermaksud, " Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, (ganjarannya) sama dengan berpuasa sebulan"(H.R. Khatiib daripada Abi Dzar)
Hadith di atas dha'if(dilemahkan) oleh Ibnu Hajar al- Asqalani dan telah dijelaskan di dalam kitabnya bahawa : Para Ahli Hadith telah bersepakat, bahwa hadith ini diriwayatkan daripada  al-Furaat bin al- Saa'ib, sedangkan perawi ini adalah seorang yang dha'if(lemah)

Walaupun hadith ni lemah tidak bermaksud tidak boleh berpuasa di bulan Rejab.Kita masih boleh berpuasa sunat seperti biasa pada hari Isnin dan Khamis atau berpuasa mengikut puasa Nabi Daud.
Yang menjadi masalahnya ialah ada sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagiannya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu' (palsu) Antara hadith-hadith maudhu' yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah:

1.       Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin 'Antarah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"
Menurut Ibnu 'Iraq: Hadith ini adalah maudhu' tanpa syak lagi. Ibnu Hibban pula mengatakan Harun bin 'Antarah adalah seorang pereka hadith.

2.        Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah s.a.w  bersabda:
"Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarah baginya selama sepuluh tahun".

Hadith ini telah disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.

Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.