banner

banner

Monday, June 2, 2014

JUMAAT PENGHULU HARI




1)  Hari Jumaat Adalah Kemuliaan Buat Umat Nabi Muhammad s.a.w

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Kita adalah umat yang akhir yang wujud di dunia ini dan umat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk syurga)pada Hari Kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu diberikan al-Kitab daripada kita. Kemudianya, hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberikan pilihan)kepada mereka (untuk mendekatkandiri kepada Allah), tetapi mereka berselisih padanya(tidak mahu menerimanya), lalu Allah memberi petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut iaitu hari Jumaat). Hari bagi Yahudi adalah esok(Sabtu) dan bagi Nasrani pada hari esok(Ahad)(Muttafaqun'alaih)

2)  Jumaat Adalah Sebaik-baik Hari

Dari Abu Hurairah r.a. berkata:  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

"Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat.  Pada hari itu Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu pula Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga."(H.R. Muslim)

3)  Jumaat Dan Jumaat Berikutnya Adalah Penebus Dosa Jika    Menepati Syaratnya

Dari Abu Hurairah r.a. berkata:  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
Barangsiapa yang berwudhuk dengan sempurna kemudian mendatangi solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan memperhatikan (dengar dengan teliti) khutbah, maka diampunilah dosa yang dilakukan antara hari itu sampai hari Jumaat berikutnya dan ditambah dengan 3 hari.  Dan barangsiapa yang bermain kerikil, maka sia-sialah Jumaatnya."(H.R. Muslim)

No comments:

Post a Comment