banner

banner

Monday, June 2, 2014

REJAB: ANTARA TRADISI DAN SYARIAT


من صام يو ما من رجب عد ل صيا م شهر

Bermaksud, " Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, (ganjarannya) sama dengan berpuasa sebulan"(H.R. Khatiib daripada Abi Dzar)
Hadith di atas dha'if(dilemahkan) oleh Ibnu Hajar al- Asqalani dan telah dijelaskan di dalam kitabnya bahawa : Para Ahli Hadith telah bersepakat, bahwa hadith ini diriwayatkan daripada  al-Furaat bin al- Saa'ib, sedangkan perawi ini adalah seorang yang dha'if(lemah)

Walaupun hadith ni lemah tidak bermaksud tidak boleh berpuasa di bulan Rejab.Kita masih boleh berpuasa sunat seperti biasa pada hari Isnin dan Khamis atau berpuasa mengikut puasa Nabi Daud.
Yang menjadi masalahnya ialah ada sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagiannya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu' (palsu) Antara hadith-hadith maudhu' yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah:

1.       Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin 'Antarah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"
Menurut Ibnu 'Iraq: Hadith ini adalah maudhu' tanpa syak lagi. Ibnu Hibban pula mengatakan Harun bin 'Antarah adalah seorang pereka hadith.

2.        Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah s.a.w  bersabda:
"Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarah baginya selama sepuluh tahun".

Hadith ini telah disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.

Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.

No comments:

Post a Comment