banner

banner

Monday, June 2, 2014

SIMPANAN HARTA DI SYURGA



Kita mengimpikan mahligai dan harta yang banyak di muka bumi ini demi kenikmatan yang seketika. Tetapi adakah kita sering memikirkan bagaimana kita hendak mengumpulkan harta dan simpanan kita di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita beberapa amalan yang dijamin untuk meningkatkan harta kita di akhirat kelak. Antaranya adalah dengan mengucapkan kalimat "Laa haula walaa quwwata illaa billaah". Ini adalah berdasarkan hadith yang sahih di bawah.
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ألا أعلمك كلمة هي كنز من كنوز الجنة؟قال: قل : لا حول ولا قوة إلا بالله.
Daripada Abu Musa al-Asy'ari berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Mahukah kamu aku ajarkan satu harta simpanan yang paling bernilai di Syurga? Ucapkanlah : "Laa haula walaa quwwata illaa billaah. ( Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim"
عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أكثروا من قول: لا حول ولا قوة إلا بالله، فإنها كنز من كنوز الجنة.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Perbanyakkanlah mengucap kalimat : "Laa haula walaa quwwata illaa billaah, kerana sesungguhnya ia adalah salah satu harta simpanan yang sangat-sangat berharga di Syurga." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban)

Kesimpulannya, bersama-samalah kita menggantikan perkataan " OMG" dan sebagainya dengan kalimat-kalimat yang dapat membawa kepada keuntungan kita di dunia dan akhirat kelak. Mudah-mudahan ianya meningkatkan ketaqwaan dan keimanan dalam diri kita.

No comments:

Post a Comment