banner

banner

Wednesday, February 4, 2015

Saturday, January 31, 2015

Dunia not for Us


Dunia penuh dengan ujian
Ujian yang kau tak sangka- sangka akan berlaku pada diri kau
orang yang kau percaya bukan lagi sejujur itu
hati mereka tidak lagi sesuci bayi kala dilahirkan

kau hanya diperlukan apabila kau masih berguna
apabila mereka telah dapat apa yang mereka inginkan
kau ditolak tepi
hati kau hancur, remuk
kerana kepercayaan kau dikhianati
sampai kau tiada lagi perasaan
tiada lagi keinginan untuk hidup di dunia

kau hanya ada Dia
Dia yang menyayangi kau
tanpa pernah berpaling menyintai kau
walhal kau selalu melupakan Dia
kau mudah lalai, tergoda dengan bisikan syaitan

Allahu..maafkan hambamu ini
yang sering kali tidak kuat
menempuhi ujian yang kau berikan
hambamu yang lemah ini terkulai layu
tak berdaya lagi untuk bangun
untuk menghadapi permainan dunia
yang kejam, penuh dengan durjana

Allah..janganlah kau berpaling dariku
berikan aku cahaya
untuk terus melangkah
menggapai redhaMU..

Thursday, January 22, 2015

Harapan Baitul Muslim Impian



Harapan seorang wanita :

Aku mencari yang boleh memimpin BUKAN yg suka menuding,
Aku mencari yang pegang pada janji BUKAN yg suka berlari,
Aku mencari cinta yg hakiki BUKAN cinta yg buat aku susah hati...
Kerana Aku akan beri yang TERBAIK untuk dirimu yang berjaya membuka hatiku. 
Berjanjilah setiamu kerana agamaku.

Harapan kaum adam.

Aku harap wanita yang solehah,bukan yg pemarah.
Aku harap wanita berakhlak,bukan yang rupawan.
Aku harap yg mendidik,bukan mengherdik zuriatku kelak.
Aku harap yg tabah,bukan yg lemah bila dibadai gelora hidup.
Aku harap yg menuruti,bukan mengingkari arahanku ke jalan ALLAH.
Aku harap wanita yg mengerti,bukan yg memahami pesanan ini....
kerana bila yg haram sudah halal,kau amanahku,tertangunglah dosamu diatasku mendidikmu.

Counting Days~


Pernikahan merupakan sebuah fasa hidup yang terpenting dalam hidup manusia. Selepas berlaku sebuahnya akad, lelaki yang ajnabi menjadi seorang suami yang halal bagi seorang isteri. Sebuah maksiat bertukar menjadi pahala. Seorang yang asing menjadi ahli keluarga.

Bagi seorang muslim, moment pernikahan merupakan saat terpenting kerana dirinya sudah pun menaiki anak tangga, anak tangga untuk menuju sebuah ustaziayatul alam.

Selain menyahut sunnah Muhammad dengan melanjutkan pernikahan ini, pernikahan ini penting bukan juga untuk menyambung zuriat demu meramaikan lagi umat Muhamad. Namun langkah ini diatur demi menguatkan lagi momentum dakwah serta menjadikan masing-masing lebih melaju mengalir dalam arus dakwah. Benar ujian dan cabaran pasti mendatang. Namun inilah langkah diambil sebagai usaha untuk memastikan kami berterusan menjadi orang yang diredhai oleh Allah dalam membawa risalahNya.


وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ( at-taubah: 71)
Ya Allah mudahkan jalan ku ini jika ini perancangan Mu yang sebenar dan redhailah.

Sunday, January 18, 2015

Jodoh . Pertemuan . Perpisahan


Bila kita tanya Allah patut ke tak kita ada perasaan kat seseorang tu dalam doa dan sujud kita,
 kalau orang itu tak ada dalam perancangan Allah untuk jadi sebahagian hidup kita..
kuat mana pun perasaan kita kat dia,
 Allah boleh hilangkan perasaan tu dalam sekelip mata.
Dan Allah dapat bagi kita jawapan lain dalam sekelip mata.
 Subhanallah.
 Jodoh itu di tangan Allah, bukan kita.

Aku . Luka . Kau . dan Dia.



tentang luka, ia pasti sembuh.
kerana ini dunia. tiada yang kekal di dunia.
 tentang impian, ia pasti berlalu. kerana realiti,
 adalah yang kita perlu fikirkan dan lalui hampir setiap hari.
tentang cinta yang tak pernah kita kecapi,
 ia pasti berganti. kerana sudah Tuhan tetapkan,
setiap insan ada cinta tersendiri.
sederhana itu indah

Monday, January 12, 2015

Rindu



Aku rindu bertemu,
Aku rindu melihat dirimu,
aku rindu wangianmu,
Aku rindu berbual mesra,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu merenung matamu...
Wahai kekasih halalku.