banner

banner

Saturday, January 31, 2015

Dunia not for Us


Dunia penuh dengan ujian
Ujian yang kau tak sangka- sangka akan berlaku pada diri kau
orang yang kau percaya bukan lagi sejujur itu
hati mereka tidak lagi sesuci bayi kala dilahirkan

kau hanya diperlukan apabila kau masih berguna
apabila mereka telah dapat apa yang mereka inginkan
kau ditolak tepi
hati kau hancur, remuk
kerana kepercayaan kau dikhianati
sampai kau tiada lagi perasaan
tiada lagi keinginan untuk hidup di dunia

kau hanya ada Dia
Dia yang menyayangi kau
tanpa pernah berpaling menyintai kau
walhal kau selalu melupakan Dia
kau mudah lalai, tergoda dengan bisikan syaitan

Allahu..maafkan hambamu ini
yang sering kali tidak kuat
menempuhi ujian yang kau berikan
hambamu yang lemah ini terkulai layu
tak berdaya lagi untuk bangun
untuk menghadapi permainan dunia
yang kejam, penuh dengan durjana

Allah..janganlah kau berpaling dariku
berikan aku cahaya
untuk terus melangkah
menggapai redhaMU..

No comments:

Post a Comment